Monday, December 19, 2016

DBP

Sila2 wara-wara kan.. πŸ˜†
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri. Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi βœ”
2. menyakinkan ❌ meyakinkan βœ”
3. istirehat ❌ istirahat βœ”
4. kadang-kala ❌ kadangkala βœ”
5. sambilewa ❌ sambalewa βœ”
6. dasyat ❌ dahsyat βœ”
7. insuran ❌ insurans βœ”
8. ambulan ❌ ambulans βœ”
9. juwita ❌ juita βœ”
10. unggu ❌ ungu βœ”
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji βœ”
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa βœ”
13. gambarajah ❌ gambar rajah βœ”
14. redha ❌ reda βœ”
15. kerinting ❌ keriting βœ”
16. bergu ❌ beregu βœ”
17. kontingen ❌ kontinjen βœ”
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan βœ” 19. mengenepikan ❌ mengetepikan βœ”
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan βœ” 21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan βœ”
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat βœ”
23. majerin❌ marjerin βœ”
24. rempah ratus❌ rempah-ratus βœ”
25. alat siaraya ❌ alat siar raya βœ”
26. margasatwa ❌ mergastua βœ”
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) βœ”
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus βœ”
29. limau kasturi ❌ limau kesturi βœ”
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun βœ”
31. mee ❌ mi βœ”
32. kuey teow ❌ kuetiau βœ”
33. respon ❌ respons βœ”
34. sunnah ❌ sunah βœ”
35. ramadhan ❌ ramadan βœ”
36. leukimia ❌ leukemia βœ”
37. emel ❌ e-mel βœ” di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij βœ”
39. cop nama ❌ cap nama βœ”
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah βœ”
41. alergik ❌ alergi βœ”
42. ansurans ❌ ansuran βœ”
43. urusetia❌ urus setia βœ”
44. keretapi ❌ kereta api βœ”
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya βœ”
46. naskah ❌ naskhah βœ”
47. atlit ❌ atlet βœ”
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara βœ”
49. urusetia ❌ urus setia βœ”
50. fax ❌ faks/faksimile βœ”
51. was-was ❌ waswas βœ”
52. stokin ❌ stoking βœ”
53. karenah❌ kerenah βœ”
54. kemaskini ❌ kemas kini βœ”
55. ulangkaji ❌ ulang kaji βœ”
56. pra sekolah ❌ prasekolah βœ”
57. temu janji ❌ janji temu βœ”
57. menghadkan ❌ mengehadkan βœ”
58. hajjah ❌ hajah βœ”
59. agen ❌ ejen βœ”

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

No comments:

Post a Comment