Thursday, October 27, 2016

INFO BENCANA BANJIR PAHANG 2016

1. Hujan dijangka bermula minggu kedua November.
2. Disember hujan lebat dan boleh lanjut ke Januari 2017.
3. Jika lebat berterusan beberapa hari, banjir boleh berlaku.
4. Namun jangkaan meteorologi dan JPS, banjir tahun ni macam tahun 2015.
5. Air pasang besar pada 14 November dan 14 Disember. Air pasang besar yg agak besar.
6. Amaran awal berlaku banjir ialah 48 jam.
7. Dijangka 118 spot berpotendi berlaku tanah runtuh kebanyakannya di Maran.
8. Dijangka 385 kawasan dijangka akan berlaku banjir.
9. 107 pangkalan hadapan banjir disiapkan dgn stok makanan 3 hari mulai 7 November.
10. 666 pusat pemindahan banjir yg dapat menampung 165,650 mangsa dan boleh ditambah lagi.
11. Akan gerakkan 5020 petugas tidak termasuk org kg dan ngo.
12. Tanda kawasan akan banjir sedang dipasang oleh JKR.
13. Cuti dibekukan mulai 15 November hingga 15 Januari 2017.

JIKA BERLAKU BANJIR BESAR.

1. Jika berlaku banjir besar, LPT (RnR Temerloh) dan jalan Ubai akan terputus.
2. Kawasan-kawasan lombong bauksit berpotensi berlaku BANJIR LUMPUR.
3. Kawasan yg sedang dipantau pihak Bomba ialah Bukit Goh dan area bukit satelit di Beserah.

Bersedialah mulai sekarang.

#MohonDipanjangPanjangkan
#UntukPersediaanBersama

Goner nak balik kg ni 😔😔😔😔

No comments:

Post a Comment